Hi nak mintak pendapat. Wife saya ni kurang sangat bab-bab “bersama” ni. Saya kadang-kadang faham dia penat.
Tapi hal rumah semua saya buat dari masak, basuh baju, sidai baju (kadang-kadang dia buat), settle kan hal anak, bagi anak makan, kemas rumah.
Mungkin ada cakap saya membongak, tapi tu lah hakikat nya yang saya buat.
Saya ni bekerja tapi rezeki dapat sambung belajar so tengah cuti belajar. Memang masa saya banyak di rumah bersama anak sebab anak belum sekolah lagi (anak baru sorang).
Saya ambil inisiatif uruskan rumah tangga sebab banyak masa di rumah. Wife saya balik kerja tinggal makan sahaja.
Cuma biasa la lelaki, dah buat macam mesti nak “upah” kan. Tipu lah kalau tak nak, cuma kadang-kadang nak “bersama” seminggu sekali pun payah.
Untuk makluman, walaupun saya belajar, nafkah dan belanja barang dapur semua saya tanggung.
Kalau tak cukup nak beli barang kat shopee tu baru saya mintak wife belanja. Sekarag ni, tuan/puan ada tak apa-apa tips untuk saya tarik minat wife ke arah tu. Thanks
Penulis: Suami pendam keinginan