Search
Search
Instinct Seorang Isteri

Instinct Seorang Isteri

Assalamualaikum & hi. Thanks IIUM Confession kalau luahan saya di siarkan.

Sedikit latar belakang. Baru berkahwin 1 tahun setengah, dikurniakan cahaya mata lelaki yang sangat comel & penguat saya untuk meneruskan kehidupan.

Saya Kay, saya telah bercinta selama 10 tahun dengan suami sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Masa yang panjang dek kekangan waktu & faktor keluarga.

Segala galanya berjalan lancar sehinggalah bulan puasa tahun ini.

Untuk pengetahuan, saya & suami hanya berjumpa sewaktu weekend. Suami sedang berkursus & hanya pulang hujung minggu.

Selama ini saya merasakan suami saya adalah lelaki terbaik & sangat bersyukur dengan segala percaturan tuhan.

Malangnya panas tidak ke petang. Suami saya kantoi curang bersama rakan sekerja. Hati saya hancur luluh.

Hasil siasatan saya dapati suami sudah terlanjur dengan wanita tersebut walaupun baru hanya 2 minggu perkenalan sewaktu berkursus.

Wanita tersebut ber status tunangan orang. Saya hilang arah, saya tidak tahu bagaimana harus meneruskan kehidupan.

Instinct seorang isteri itu tidak pernah salah. Sebulan puasa saya merasakan ada yang tidak kena dengan suami.

Setiap malam saya bangun & bertahajud meminta petunjuk.

Dan akhirnya pada hari raya kedua segala galanya terbongkar disebabkan suami lupa untuk memadam mesej bersama wanita tersebut.

Alangkah sedihnya rasa apabila suami mengaku bersetubuh dengan wanita tersebut sewaktu bulan ramadhan. Saya pun tidak pasti apakah hukuman yang setimpal untuk mereka berdua.

Setakat ini saya belum ada kekuatan untuk berjumpa wanita tersebut.

Dipihak suami pula dia sudah mengaku silapnya & berjanji untuk tidak menghubungi wanita tersebut selain daripada hal kerja.

Saya tak pasti apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekarang? Memaafkan & teruskan kehidupan seperti biasa?

Ataupun failkan penceraian disebabkan saya ada trust issue selepas kejadian yang berlaku.

Saya mengalami kemurungan & saya menyalahkan diri saya sendiri.

Saya berharap pembaca dapat memberikan bimbingan & pandangan terhadap masalah yang saya hadapi. Terima kasih sekali lagi..

– Kay (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM

EdisiKhas