Search
Search
Isteri curang aniaya suami selepas mereka berpisah

Isteri curang aniaya suami selepas mereka berpisah

Saya ada 1 masalah..

Saya pernah berkahwin dengan wanita terengganu pada 2002, kemudian kami hidup bahagia sehingga lah dia berpindah ke putrajaya pada tahun 2007 kerana dia dapat bekerja di JPM.

Sepanjang dia sorang di sana, pelbagai skandal sex chat dia buat tanpa sebab yang saya tak dapat kenalpasti. Masa ni dah 2 orang dah anak kami dan saya dapat pindah ke putrajaya pada tahun 2008.

Ketika ini saya hanya ada dengar dari mulut dia sendiri kononnya ada orang fitnah dia dengan isu-isu yang saya sebut tadi. Saya serang orang tu.. Dan jumpa ketua jabatan.

Pada awal tahun 2009, hati saya tak tenang kerana dia semakin berahsia macam-macam dengan saya.

Dengan kecelikan teknologi saya dan bantuan kawan-kawan, kami berjaya hack dan bongkar segala kegiatan sundal dia melalui akaun email peribadi, akaun-akaun media sosial dia dan hubungan sundal dengan ketua-ketua pegawai dia di jabatan.

Macam-macam saya jumpa, termasuk dengan koleksi gambar kemaluan pelbagai lelaki, aksi, video dan segalanya.

Saya marah dan ugut nak tinggalkan bekas isteri saya tu. Tapi sebabkan airmata dan anak, saya redho dan beri amaran terakhir.

Kesudahannya pada tahun 2010, saya mempunyai pelbagai bukti yang dia ada hubungan dengan beberapa pegawai besar kerajaan di putrajaya sehingga ada hubung fizikal sexual yang sangat menjijikkan.

Di hotel, di parking kereta, di mana-mana saja termasuk dalam kereta saya sendiri. Sehinggakan 1 putrajaya tahu dan benci dengan perangai bekas isteri saya tu.

Kami bergaduh… Dalam gaduh saya pernah cuba pujuk semula dia supaya bertaubat.. Tapi gagal.

Ya.. Jadi terbalik pulak saya pujuk dia.. sebab saya ni jenis lemah jiwa.

Tetapi atas nasihat ibubapa, saya lepaskan dia tanpa membuktikan apa-apa. Tak de nusyuz atau apa saja yang mampu memburukkan dan mengaibkan dia. Ya.. Saya simpan aib dia.

Seminggu selepas bercerai dia kena tangkap khalwat. Seminggu hampir 2 kali. Cuma kes khalwat tersebut ayahnya dah clear dengan rasuah haramjadah.

Tiba-tiba saya terima surat mahkamah mengatakan dia nak tuntut nafkah hampir rm28k setahun dan anak.

Terduduk saya kejap melihat betapa jijiknya seorang ibu menggunakan anaknya demi kepentingan diri sendiri.

8 tahun berlalu, 3 tempat mahkamah saya pergi dari putrjaya, terengganu, hingga parit buntar(perundangan kali ke 3)

Akhirnya saya kalah hat tuntutan dan mahkamah langsung tak merujuk pembuktian dan masalah bagi pihak saya.

Untuk nafkah dia tidak sambung sebab dia tau jika sambung semua pembuktian tersebut akan terbuka so dia hanya tuntut anak dan menghasut anak-anak supaya membenci saya.

1 dari 3 anak perempuan saya tidak dapat menerima ibunya kerana sepanjang hidup, anak-anak di tinggalkan di terengganu, dan saya terikat dengan undang-undang mahkamah dan menyukarkan saya untuk mengambil mereka dari perak ke terengganu kerana jarak dan kesihatan.

Sehingga kini, anak kedua sering menunjukkan ibunya sentiasa menyumpah mati menuduh saya dengan pelbagai fitnah jahat demi kepuasan ibunya membenci saya.

Sampai harini saya pening, dia pernah cakap dia curang kerana saya.

Demi Allah saya berkahwin dengan dia ketika saya masih teruna dan saya sedar dia tiada lagi dara. Saya tetap redho dan sara dia walaupun ketika itu dia masih 18thn.

Cuma… Masalah saya sekarang… Saya sudah tidak larat nak melawan arus mahkamah untuk tuntut anak.

Saya serik kerana habis puluhan ribu wang ringgit tapi mahkamah tetap tidak adil pada saya yang di mana saya adalah mangsa dalam kes ini sebenarnya.

Ibu mereka juga tak pernah bertanggungjawab dengan meninggalkan anak terumbang ambing di terengganu sedangka dia di putrajaya.

Tujuan saya membuat pos adalah untuk menerima cadangan bagaimana saya nak tuntut anak tanpa melibatkan mahkamah.

Saya dah tak ada duit untuk mengupah lawyer yang baru. Kos bukan sikit-sikit.. Buka kes paling sikit rm2500, tutup kes dah 3k, nanti nak rayu ke ape ke kene lagi rm2500, kehadiran lawyer pun rm300 minimum.

Boleh kata 1 kes saya habis dekat 30k, bayangkan 3 kes 3 mahkamah saya habiskan wang.. Ke sana ke sini 8 tahun akhirnya kalah, dan membuatkan saya benci undang-undang dunia tipu-tipu.

Sampai hari ni saya benci kan hakim yang tak nak langsung bukak file saya dan terima bulat-bulat apa yang bekas isteri saya tipu dalam tuntutan dia.

Demi Allah saya akan tuntut di akhirat.

Saya mohon pedoman, saya mohon nasihat, atau apa saja.. Apakah saya perlu buat sekarang ni? Anak yang sorang tu, yang betul-betul kasihi saya dalam keadaan stress kerana tertekan akan perangai ibunya.

Mana taknya.. Ibunya masih gagal hasut sorang ni untuk membenci saya. Sebab tu dia menyumpah anaknya sendiri untuk mampos dan menerima macam bala kononnya doa ibu ni makbul.

Allahu… Tolong saya… Saya dah tak tahu nak buat camna dah…

Dalam dunia ni, seorang isteri curang lebih hebat dari seorang lelaki… Percayalah cakap saya…

Penulis: Suami tertekan

EdisiKhas