Search
Search
Bosan Dalam Perkahwinan

Bosan Dalam Perkahwinan

Hi. Aku Mawar. Mawar yang berduri. Terlalu banyak luka yang aku menahan sehingga aku sendiri buntu untuk mencari penyelesaiannya.

Usia perkahwinan ku baru memasuki fasa ke dua tahun perkahwinan. Bagi sesetengah orang mungkin masih lagi dalam fasa honeymoon berkasih sayang.

Tapi bagi aku, satu demi satu yang aku terpaksa hadapi ekoran sikap dan perangai suami aku. Aku hanya ingin meluahkan. Terasa terlampau banyak yang aku pendam sampai aku sendiri sesak bila memikirkannya.

Kami dikurniakan dua anak perempuan yang comel. Dimana anak yang pertama sewaktu aku mengandung kannya aku tertangkap suami aku menonton video lucah. Betapa sedihnya aku.

Di saat aku membawa zuriatnya, tergamak dia menonton benda sebegitu.

Suami aku tak tahu pasal aku mengetahui dia menonton video tersebut. Bila aku melihat history telefonnya, boleh dikatakan setiap hari pagi, petang dan malam dia menontonnya. Tapi aku hanya mendiamkan diri.

Sehinggalah aku melahirkan anak aku yang pertama dan berpantang di rumah ibuku yang jauh nya mengambil masa 5 jam perjalanan. Aku mahu fokus kepada pantang dan anakku.

Sebab aku tahu, kalau aku berpantang di rumah ibu mertuaku, suami akan jadi macam ‘chipsmore’, kadang ada kadang takde.

Aku juga melahirkan secara pembedahan. Lagi memerlukan penjagaan yang rapi.

Dalam keluarga suami dia tidak diajar untuk melakukan kerja kerja rumah jadi dia hanya akan buat bila aku suruh. Aku penat bila segala benda perlu dibagitahu.

Sampah penuh kena bagitahu, baju kena basuh pon kena bagitahu.

Mungkin bagi korang bagitahu jela, tapi jika itu adalah rutin harian yang perlu buat hari hari, takkan hari hari aku nak ulang benda sama, dia pun annoying bila aku selalu arah itu ini. Tapi kalau aku tak bagitahu, kerja tu takkan berjalan.

Dan aku fikir dia akan berhenti bila lahirnya anak ini tapi dia masih sama. History telefonnya tetap ada walau tidak sekerap dulu. Akibat dari perbuatan dialah aku jadi tawar hati, merajuk dan marah bila bercakap dengannya.

Sampailah aku dah tak tahan dengan sikap dia, satu hari aku terus terang tentang apa yang aku tahu. Dia berjanji takkan buat lagi.

Ya, awal awal itu memang janji ditepati. Tapi setelah beberapa bulan kemudian, isu yang sama terjadi lagi. Tapi dia tak mengaku walhal aku ada bukti di history telefonnya itu.

Kemudian aku mengandung kan anak yang kedua, awal awal semuanya oke. Walaupon isu itu ada, tapi sikap nya yang berat tulang tu dah semakin oke.

Sampai lah sewaktu puasa tahun ni, aku melahirkan anak yang kedua dan berpantang dirumah ibu ku jugak sebab dia berniaga di bazar ramadhan dan tengahari mengajar di sekolah.

Jadi aku memilih untuk berpantang di rumah ibu. Adik adik aku pon ramai yang boleh menjaga anak saudaranya.

Jadi berpantang lah aku tanpa suami disisi. Tapi aku bahagia sebab emosi aku tak tergamggu fikir hal yang tak sepatutnya. Walaupon dalam tempoh aku berpantang tu aku dapat rasa suami aku kurang bertanya khabar tentang anak anaknya.

Kalau bercakap telefon pon sekejap je, hanya aku yang banyak bertanya itu pon dia marah. Katanya tak perlu campur hal urusan dia.

Sungguh aku kecil hati dengan kata katanya. Hal keluarga dia, aku tahu dari orang lain. Bukan dari suami sendiri.

Sehinggalah lepas raya aku balik ke rumah kami. Aku serabut sebab dia lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon.

Bangun pagi dia keluar beli makanan untuk aku dan terus keluar rumah buat kerja sampingan. Tanpa fikirkan aku yang susah dengan anak anak.

Tapi aku pendam. Kami tak banyak bercakap hanya bercakap benda yang perlu je. Aku banyak diam sebab makan hati dengan perangai dia yang lebih suka main telefon.

Sampailah aku tak boleh tahan aku minta dia lepaskan aku. Aku nak balik rumah ibu aku. Aku duduk dengan dia hanya membebankan dia je, nak bahagia suka sesama pon jarang sekali.

Bila ajak tengok cerita sesama tak minat la genre ni genre tu. Sebab tu hubungan kami jadi hambar.

Banyak yang aku luah dekat dia sebab dah terlampau banyak aku pendam. Tapi dia salahkan aku. Dia kata aku banyak merajuk buat perangai.

Diam bila dia tanya. Bila aku kata nak cerai dia suruh aku sendiri ke pejabat agama pergi mohon sebab aku yang nak jadi akulah yang selesaikan. Dia takde kena mengena. Betul betul aku kecewa masa tu, dia langsung tak cuba nak ubah. Tapi banyak menyalahkan aku.

Dan lepas kejadian tu, kami berbincang dalam suasana yang lebih tenang. Dia luahkan apa yang dia nak aku berubah, dan aku pon sama.

Kami cuba untuk perbaiki sama sama. Tapi yang aku harapkan cerah sampai ke petang, dalam diam dia bermesej dengan perempuan lain di aplikasi omi.

Bukan seorang. Tapi beberapa orang perempuan. Siap bercakap telefon sampai sejam, hantar gambar masing masing. Sungguh aku terluka.

Dalam usaha untuk pulihkan hubungan ini, dalam diam dia berhubungan dengan perempuan lain.

Aku hanya sempat baca sedikit saja perbualan mereka. Tak sempat untuk aku cek details tarikh bila dan lain lain. Mungkin suami aku perasan, terus dia uninstall app omi tu.

Kali ni aku terus tanya pada dia. Jawapan dia, dia dah tak berhubung lepas raya hari tu lagi iaitu lepas aku balik dari berpantang. Aku dalam dua sama ada nak percaya atau tak.

Bila aku suruh dia install balik untuk aku cek dia buat buat tak tahu. Dia mengaku salah dan minta maaf kat aku.

Sampainya hati dia. Sedih bila fikir disaat aku baru je melahirkan anak dia, tergamak dia cuba nak berdating. Patutla dalam pantang dia jarang tanya khabar, ingat sibuk dengan kerja tapi rupanya sibuk balas chat dan bergayut dengan perempuan lain.

Dan tidak semudah itu aku mendiamkan diri, dalam diam aku install balik app tu dan aku cek balik perbualan mereka. Rupanya mereka masih lagi on contact.

Tarikh akhir chatting mereka adalah tarikh suami aku tertangkap dengan aku pasal ni. Ya Allah. Aku dikhianati dan penipuan demi penipuan dia lakukan. Siap ajak kahwin bagai. Siap cerita macam macam.

Seronok aku baca perbualan tu macam waktu dia nak tackle aku. Macam tu lah dia buat. Dan kali ni pon aku terus tanya pasal tarikh chat mereka yang latest tu, tapi dia tak mengaku. Dia jugak salahkan aku pasal selongkar telefon dia.

Dan dia jugak salahkan aku pasal aku berpantang dirumah keluarga aku tinggalkan dia. Tak terfikir lamgsung dia yang aku balik tu bukan suka suka. Aku hanya nak jaga emosi aku dari gila meroyan.

Yang pasal ajak kahwin tu dia cakap diorang cuma bergurau. Itu gaya bergurau diorang. Kalau yang on call tu aku tak tahu la apa yang diorang sembangkan. Sampai sejam pon ada. Hari hari.

Entahlah. Kalau aku tak install balik apps tu, memang jelas aku ni kena tipu. Baru dua tahun perkahwinan aku, tapi aku tak tahu la apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa percaya tu satu persatu hilang. Aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan lagi.

Janji janji yang dia ucapkan tu, dah tak ada makna lagi , sukar nak percaya. Mungkin hanya menunggu masa, mencari bahagia dengan cara aku.

Aku sudah penat. Aku cuma hendak meluahkan apa yang aku pendam. Doakanlah apa yang terbaik untuk kami.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM

EdisiKhas