Saya nak minta pendapat bagi masalah saya. Tolong bagi nasihat yang baik-baik untuk saya. Sy rasa down sangat-sangat dah.
Saya ada 9 orang anak yang kecik baru umur beberapa bulan. Anak sulong saya dah gadis tapi masih bawah umur dan masih bersekolah.
Anak sulong saya ni agak degil dan nakal suka keluar dengan kawan-kawan dia. Saya risau dan selalu marah dan pukul dia.
Saya nak dia jadi contoh yang baik untuk adik-adik dia tapi dia memang sedikit nakal berbanding adik-adik dia jadi saya selalu marah dia.
Disingkatkan cerita saya suruh suami bawa anak saya ke rumah makciknya sebab suami tinggal kat sana dan bekerja di sana.
Harapan saya biarlah dia lebih terkawal sebab ada bapanya dan makciknya untuk tegur-tegur sikap dia, Saya takut saya tak sempat kawal dia sebab adiknya ramai lagi yang perlu saya pantau.
Harapan saya biarlah bapanya jaga dia dan kat sana dia takde kawan mungkin perangai akan jadi lebih baik. Kat sini saya takut pergaulan bebas boleh hancurkan masa depan dia.
Tapi saya tak sangka suami saya bapa anak saya tu lah yang cuba meragut kegadisan anak saya.
Semuanya terbongkar hari ni. Anak saya mengadu dengan saya tentang percubaan bapanya untuk merogol dia.
Allah selama ni baca kisah orang lain, Sayalah yang paling benci lelaki yang durjana macam tu dan hari ini saya tahu perbuatan suami saya.
Masa kejadian pertama berlaku di rumah makciknya dan asal ada kesempatan suami cuba mencabul anak saya.
Sampailah anak saya balik semula ke rumah saya bersama suami dan saya tak dapat bayangkan macam mana anak saya takut berada di rumah sendiri.
Suami asal ada peluang cuba cabul dan rogol anak saya tapi anak saya berjaya lepaskan diri.
Dia tak nak bagitahu saya takut saya tak percaya tapi akhirnya dia bagitau malam ni sebab bapanya tidak ada bersama. Bapanya ada di rumah makciknya.
Apa perlu saya buat? Kalau ikutkan hati saya nak report polis je tapi anak saya masih kecik-kecil.
Saya tiada ibu bapa dah. Suami dah mengaku bila saya wasap dan tanya. Dia cakap dia tak rogol anak masih dara dan jangan hebohkan nanti semua keluarga tanggung malu.
Allahuakbar. Saya tak pikir malu dah saya hanya nak dia terima akibat dari perbuatan dia.
Bila tengok anak kecik-kecik hati saya sakit. Bila pandang anak sulong saya, saya rasa berdosa.
Saya selalu pesan suruh dia jaga maruah jangan bergaul dengan budak-budak nakal tapi rupanya maruah dia tercemar oleh bapanya sendiri.
Saya buntu.. Tolong saya..
Penulis: Ibu yang kecewa