Search
Search
It’s Okay To Be A Househusband: A Woman’s POV

It’s Okay To Be A Househusband: A Woman’s POV

Assalamualaikum wbt. Hai.. Nak menyampuk dalam isu ini.

Zaman sekarang I think it is okay to be a househusband as long both husband and wife agreed. Ramai wanita yang bekerja professional dan bergaji lebih tinggi dari lelaki.

Saya doktor dan dalam kerjaya saya tak kurang yang saya jumpa suami yang berkorban berhenti kerja untuk fokus pada family dan jadi back bone untuk isteri.

Kisah 1, pakar saya sekarang yang tengah dalam pewartaan, pernah PJJ. Suami di KL dan dia di Pantai Timur.

Anak yang sedang membesar ketika bermain di taman permainan minta dirinya didukung oleh lelaki lain. Terkejut si ibu. Jadi ibu terus minta si suami berhenti kerja.

Si bapa sangat berat hati, apatah lagi dia baru dinaikkan pangkat. Tapi at the end of the day, si suami akur.

Pada peringkat awal memang emosi suami agak kacau tapi makin lama makin okay. Suami sekarang adalah part time househusband, ada buat freelance tapi hasil tidaklah lumayan.

Saya buat anggaran mungkin dapat dalam 1-2k sebulan sedangkan gaji isteri anggaran dalam 5 angka.

Isu kedua adalah persepsi orang sekeliling. Ketika belum sambung master, si isteri bekerja di kampung halaman dikelilingi pak usu, mak teh, ayah long, mak ngah dan sebagainya.

Mereka pulak yang ‘sakit’ mata dan hati melihat ‘biawak hidup’ ni. Sebagai balasan, si isteri willingly tidak sesekali settle down di kampung sendiri.

Ingat, siapa yang minta suami berhenti kerja? Isteri sekarang akan dihantar ke Sabah dalam masa terdekat.

Suami akan menjadi househusband dalam tempoh setahun dua lagi sebelum mereka settle down ke kl/selangor semula.

Kisah 2, seorang pakar wanita yang dihantar ke Sarawak. Mendengar kisah ini dari MO beliau. Pakar ini dihantar ke sebuah daerah. Daerah ini adalah bandar lama.

Ada mall, ada airport. Tempat kerja pun sebelah jalan besar. Tapi Sarawak ni besar, daerah yang sama yang ada mall, masih ada kawasan yang hanya accessible dengan jalan air (bot/feri).

Isteri ni kan pakar, setiap bulan atau 2 minggu sekali, kena turun melawat ke kawasan ini.

Mujur ada suami yang jadi househusband yang menemani. Lawatan macam ni biasanya akan bertolak awal pagi dan balik lewat petang.

Tanpa suami, isteri tak akan berjaya sehingga level ini. Saya percaya they have mutual agreement dan saya percaya isteri sangat menghargai pengorbanan suami.

Kisah 3, isteri menyambung pelajaran di UK. Suami mengikut isteri menemani beliau. Suamilah yang banyak mengemas rumah, memasak di saat isteri sedang sibuk.

Suami happy temankan isteri, banyak memberi semangat kepada isteri. Banyak post suami yang mengucapkan tahniah atas setiap kejayaan kecil si isteri.

Isteri pula banyak kali post untuk memberikan penghargaan kepada suami. Suami ada perniagaan di Malaysia cuma diuruskan oleh orang lain buat masa ini, ada juga jadi personal shopper.

Perkahwinan hanya akan bertahan bila ada toleransi. Saya melihat househusband adalah kerjaya mulia. Terima kasih kerana berkorban untuk isteri anda.

Househusband bukan biawak hidup. Ia adalah 2 perkataan yang berbeza dengan maksud yang sangat berbeza.

Yang penting menjadi househusband, kena ada persetujuan kedua-dua belah pihak. Saya dan suami dua-dua bekerja kerajaan.

Saya happy jika kedua kami bekerja, tapi seandainya ada kesulitan yang memerlukan seorang dari kami berhenti, saya prefer my husband to quit.

Gaji suami separuh dari gaji saya. Jika hanya suami yang bekerja, dia tidak akan mampu untuk cover komitmen kami berdua.

Saya tak nak suami untuk buat 2-3 kerja kerana quality time adalah benda penting bagi saya.

At the end of the day, it’s your life, your marriage, you decide.

– Wifey (Bukan nama sebenar)

Sumber : IIUM Confession – BM 

EdisiKhas