Nama aku Lavender semestinya bukan nama sebenar. Aku berusia lewat 40-an, orang kata aku personaliti aku cantik manis macam awal 20-an.
Alamak puji diri sendiri pulak! Bukan bukan. Aku sekadar nak korang bayangkan apa tanggapan orang tentang aku je.
Aku orangnya simple, kemas, minimalist, (dah macam deco rumah lak hahaha)
Orang senang berkawan dengan aku, sikit manja bukan gedik, ceria, suka senyum.
Aku tak berapa suka makeup tapi sebab aku berkulit cerah muka bersih, pakai lip balm sikit pun dah nampak berseri-seri. Boleh bayangkan tak?
Aku adalah CEO merangkap Head of Human Manager Delevepment. Ok tipu! Aku permaisuri rumah untuk seorang suami yang saling melengkapi hidup aku.
Aku di anugerahkan 6 cahaya mata yang memperindahkan kehidupan aku seharian bak roller coaster. Ada masa seronok santai, ada masa mood macam nak tercabut jantun
Aku berkahwin asalnya bukan atas dasar cinta. Entah kenapa dengan selamba mulut aku ringan je jawab YES masa terima lamaran En. Suami.
Mungkin atas kesungguhan keikhlasan En. Suami sayang pada aku, terima kekurangan aku , buat aku pasti dia adalah jodoh terbaik yang Allah kurniakan pada aku.
Yalah, buat apa kita beria sayang orang sedangkan dia tidak bersungguh ingin hidup bersama kita hingga akhir nyawa.
Ok ni kisah hidup aku..
Sebelum kahwin aku pernah bercinta 5 tahun suka sama suka. (Bukan dengan En. Suami) Bercinta memang laa seronok. Semua suka! Mulut busuk tak mandi pun wangi. Sayang lah katakan. HAhaa
5 tahun tempoh agak lama bagi aku.
Kalau ada anak dah sekolah tadika. Dia layan aku baik, sentiasa ada. Setiap pagi sarapan sama, lunch sama, dinner sama. Macam belangkas lah, berkepit ke sana ke sini.
Dengan family aku pun dia serasi. Kenduri kendara family aku dia selalu ada.
Dengan kawan-kawan kerja aku pun dia ok. Semua sedia maklum dah, tinggal akad nikah je belum. Cuma family belah dia tinggal jauh so aku tak berkesempatan nak kenal rapat.
Tapi setelah 5 tahun, saat hampir melangsungkan pertunangan tiba-tiba dia kata dia dah tak mahu lagi bersama aku. Apa!? Setelah 5 tahun?
Eh.. tak kan laaa selama ni aku gagal dicintai hanya kerana aku ni terlalu baik untuk dia. Arrghhh… Cliche sangat alasan tu! So aku ingat dia gurau je
Kenapa aku kata aku ‘gagal’ dicintai?
Rupanya dia curang! Dalam diam dah 2 tahun dia menduakan aku. Dengan muka tak malu, berbulan juga aku ni masih terhegeh-hegeh berusaha pergi merayu agar dia terima aku kembali.
Siap pakej kena tengking, kena halau, kena caci maki. Hina nya aku saat tu. Tak reti-reti bahasa orang dah tak suka.
Bodoh sungguh!
Puas aku sedarkan diri “orang dah tak nak aku lagi!” Jiwa aku menafikan apa yang berlaku.
Aku depression teruk. Aku terpaksa jumpa pakar jiwa. Dah macam mayat hidup. Aku terpaksa telan ubatan supaya aku tenang, tidak terus menangis. Semua benda aku jadi tak reti buat sendiri.
Lintas jalan tak reti. Aku hampir accident. Nak makan order apa pun tak tahu. Selama 5 tahun dia manja kan aku sangat, dia yang order buat semua.
Aku malu dengan keluarga dan kawan-kawan sebab semua dah tahu. Dah nak bertunang! Kawan lain dah beranak pinak. Aku hampir kena buang kerja.
Jadi bodoh hanya kerana cinta!
Bukan mudah untuk aku bangkit dari kegagalan. Serious struggle is real!
Masih teriang iang kata seorang sahabat. Kahwin lah dengan orang yang sayang cinta kan kita kerna dia tidak akan sia-sia kan insan yang dia sayang.
Kemudian pupuk lah rasa cinta kita pada suami lepas kahwin nanti. Mampu ke aku sayang cinta suami aku nanti? Aku kaku kerna rasa cinta dah lama pergi
Sebelum kawin ofkos aku minta petunjuk dari Allah dan aku yakinkan diri perancangan Allah pasti yang terbaik. Aku tekad sapa saja yang melamar lepas trauma ditinggalkan aku terima. Keputusan gila!
Aku terima jodoh aku. Benar lah kata dia aku terlalu baik untuk dia. Allah letakkan aku ditempat yang sepatutnya. Jodoh aku adalah anugerah terindah kurniaan dari Allah
Aku dihargai selayaknya. Akan aku ciptakan kenangan manis untuk keluarga aku. Aku yakin untuk ada kenangan terindah, untuk rasa bahagia kita yang ciptakannya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
InsyaAllah setiap doa dan usaha pasti ada ganjarannya.
Pentingnya kita letakkan diri sendiri ditempat yang tepat.
En. Suami,
Jujur aku cinta padamu,
Terima kasih pilih aku,
Terima kasih sabar dengan kerenah aku,
Terima kasih terima buruk baikku,
Aku ingin nikmati saat tua, muka kerepot bersama,
Moga perkahwinan kita kekal hingga Jannah,
– Lavender (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM