Hai. Saya Linda. Actually dah tak tahu nak cerita dekat mana, selain ALLAH SWT Yang Maha Mendengar. Saya berumur 27 tahun dan baru berkahwin pada Oktober 2021.
Saya berkahwin dengan suami saya Akim. Akim adalah anak sulung dan cucu sulung. Dugaan sangat mencabar bila berkahwin dengan anak sulung dan cucu sulung.
Saya berkahwin dengan Akim adalah kerana sikap dan didikan ibu bapanya. Akim seorang yang baik, memahami, tidak pernah berkira mahupun kedekut dengan saya, dan tiada rahsia antara saya dan Akim.
Yang penting Akim seorang yang menjaga solat. Dua tahun perkenalan dan Akim melamar saya sebagai isteri pada Oktober 2021.
Alhamdulillah syukur.
Kini mulalah kehidupan saya sebagai suami isteri. Sebulan perkahwinan semuanya indah belaka, tiada cacat cela.
Sebenarnya saya dah bersedia untuk menghadapi setiap dugaan rumah tangga, cumanya kadang2 itu buntu dan tiada tempat mengadu.
Dugaan awal perkahwinan saya adalah bermula dengan kewangan, apabila Akim mempunyai masalah kerja jadi membuatkan Akim terpaksa berhenti.
Saya pula gaji tidak lah banyak tapi untuk menanggung keluarga kecil ini In Shaa Allah cukup.
Saya mengerti di fasa 5tahun perkahwinan ini dugaan kewangan adalah paling utama. Saya redha dan terima.
Tapi bila menjelang 3 bulan perkahwinan, saya mula stress apabila dipersoalkan oleh keluarga mertua tentang anak. Mereka seumpama menanti anak kami yang merupakan cucu sulung mereka.
Ibu mertua saya mempunyai 6 adik beradik termasuk dia dan kesemuanya adalah perempuan. Ibu mertua adalah nombor dua.
Memandangkan semua perempuan, dan semua juga tinggal berdekatan rumah ibu mertua sahaja, jadi sentiasa ziarah menziarahi sesama mereka.
Apa yang saya kurang senang dengan keluarga mertua adalah bila mereka mempersoalkan tentang anak, dan soalan anak tu bukan dari ibu mertua sahaja, akan pergi kepada makcik-makcik suami yang lain.
Ada suatu ketika kami semua berkumpul di rumah makcik suami yang bongsu.
Waktu itu di ruang makan, kami semua yang perempuan makan bersama, yang lelaki di luar rumah macam biasa merokok dan sebagainya.
Saya ditanya oleh makcik suami di khalayak makcik-makcik yang lain berbunyi seperti “Linda awak tak makan apa2 ubat ke untuk kesuburan?” Saya berasa sangat malu.
Sebab saya tahu itu soalan untuk tanya kenapa saya tak mengandung lagi. Tapi ibu mertua saya seperti diam tidak terkata, seolah2 memang salah saya tidak mengandung.
Saya juga ditanya oleh yang lain adakah saya merancang untuk dapatkan anak,
Mereka nasihatkan jangan merancang tapi adakah soalan tentang mengandung ni boleh dipertengahkan atau saya je overthinking saya rasa soalan ini sangat privasi dan mengacau sensitiviti orang lain?
Bila menjelang 5 bulan perkahwinan, saya nampak layanan ibu mertua saya dah tidak sebaik dulu. Adakah selama ini dia cuma berlakon?
Ataupun sebenarnya sebab saya tidak mengandung lagi? Kalau saya tidak mengandung lagi pun di waktu ini saya terima je, sebab kami suami isteri tidak stabil. Tolong lah faham.
Lagipun hal suami isteri saya tak perlu jelaskan dekat keluarga mertua ataupun keluarga saya sendiri, biar lah kami suami isteri yang tentukan sebab ini la kehidupan kami sekarang, kehidupan bersama berbincang bersama, tolong jangan campur dan tanya.
Saya tidak beritahu suami perihal yang jadi, sebab saya tahu suami jenis merasakan ibunya adalah sempurna di mata nya. Jadi saya pilih untuk pendam dan luah kepada kawan rapat saya (yang mempunyai nasib yang sama dgn saya).
Satu hari tu kantoi yang suami tahu saya gossip psal ibu dia. Dan kami bergaduh besar. Saya mengaku dan minta maaf tapi itu semua yang terpendam dalam hati saya di mana saya tidak boleh meluah kepada suami.
Saya tahu kalau meluah kepada dia ibarat meluah kepada patung saja. Ibunya tetap sempurna.
Sebab tu saya pilih untuk pendam dan biarkan ia kekal di belakang sahaja. Sebab saya tahu jika hal ini dipertengahkan akan menjadi hal yang sangat besar dan mendatangkan keburukan.
Jika hati saya perlu sabar perlu pendam saya terima.
Sejak hal itu, suami pilih untuk tidak sekatil dengan saya. Dia lebih memilih untuk tidur di bawah dan main phone saja.
Suami juga mula tidak solat, subuh tidak bangun. Saya sedih, dan tak berhenti berdoa supaya Allah bukakan pintu hati suami.
Tapi dalam masa yang sama saya sedih dengan sikap suami macamni. Sedangkan di mana2 menantu perempuan dengan ibu mertua ni mesti akan ada hal punya tak banyak sikit mesti ada. Itu perkara normal. Tolong la faham.
Saya ibarat kahwin dengan suami saya yang mempunyai 6 emak. Kerana setiap kali balik ke kampung, mesti kesemua makcik nya ada.
Saya jadi dah tak selesa, sebab ibu mertua saya pula jenis yang sangat rapat dengan adik beradik. Apa2 semua cerita dekat adik beradik.
Saya sedih dan taktau nak mengadu dengan siapa. Allah SWT maha mengetahui, sentiasa mengadu kepada Allah tapi hati ini masih belum puas kerana tindakan suami yang lansung tak faham isihati saya sebagai seorang isteri.
Banyak lagi yang saya tempuhi, cuma nak cerita tu terlalu panjang.
Belum campur bila hari biasa mereka akan video call suami saya semua makcik-makcik suami ada, dan hanya suami sahaja lelaki dalam tu. Tanya khabar tapi setiap satu minggu mesti 3-4 kali. Saya jadi tak selesa.
Soalan saya, Saya yang Over atau benda ni perkara biasa sahaja? Andai kata saya over rasa macam2, saya cuba perbaiki sikap saya. Andai kata perkara ini luar biasa, beritahu saya apa perlu saya buat?
– Linda (Bukan nama sebenar)
Sumber : IIUM Confession – BM